Tuesday, June 19, 2007

Potluck 22 April 2007

Satu majlis Pot Luck dan tahlil telah di adakan seperti berikut:

Tarikh: 22 April (ahad)
Waktu: 2.00 petang
Tempat: Malaysian Hall - 31 Leeson Park, Dublin 6, Dublin


Solat berjemaah




Bacaan tahlil











Pemberian cenderahati pada ahli jawatankuasa yang lepas








Kelas Quran tamat sebelum majlis tahlil bermula



ahli baru memperkenalkan diri





majlis potluck dan ramah mesra















Thursday, March 15, 2007

Wednesday, March 14, 2007

KALENDAR AKTIVITI MYPSI

KALENDAR AKTIVITI MYPSI

BULAN
TARIKH
AKTIVITI
FEBRUARI
26/2/2006
Pot Luck

26/2/2006
Mesyuarat Agung ke-1 dan penubuhan MyPSI



MAC
19/3/2006
Perasmian penubuhan kelas al-Quran



APRIL
1/4/2006
Projek Ekonomi: Pasar Bulanan

2/4/2006
Pot Luck

11/4/2006
Pertandingan mencipta logo MyPSI



MEI
6/5/2006
Projek Ekonomi: Pasar Bulanan


Projek Ekonomi: Festival Makanan Malaysia

15/5/2006
Pendaftaran MyPSI



JUN

Projek Ekonomi: Penyediaan makanan untuk wakil universiti swasta Malaysia ke Ireland

11/6/2006
Kuliah: "How to Raise Children According to Islam in European Settings/Culture"

17/6/2006
Projek Ekonomi: Dublin Street Festival



JULAI
15/7/2006
Perasmian MyPSI



OGOS
4/8/2006
Projek Ekonomi: Pasar Bulanan



SEPTEMBER
1/9/2006
Projek Ekonomi: Pasar Bulanan

2/9/2006
Sambutan Hari Kemerdekaan 2006

Setiap hari
Projek Ekonomi: Gerai Ramadhan



OKTOBER
Setiap minggu
Projek Ekonomi: Pasar Ramadhan Dublin

12/10/2006
Ifthar Ramadhan bersama pengarah MSD



NOVEMBER
5/11/2006
Rumah terbuka Kedutaan Malaysia

6/11/2006
Sesi bersama Menteri Pengajian Tinggi

12/11/2006
Jamuan Aidil Fitri MyPSI



DISEMBER
24/12/2006
Pot Luck MyPSI

25/12/2006
Sesi bersama Pengarah MSD

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MYPSI KALI KE-2


Tarikh: 10 Februari 2007
Masa: 4.00 petang
Tempat: Malaysia Hall - 31 Leeson Park, Dublin 6, Dublin

Hadir
Ahmad Tarmizi Hj Mat Amin
Izyanti Ibrahim
Mahazir Ramly
Meor Shariman Hamidy Ishak
Mohd Bakri Bakar
Mohd Nida Yacob
Nazlena Mohamad Ali
Norshima Zainal Shah
Nur Lisa Zaharan
Razali Muda
Salmi Baharom
Syarulnaziah Anawar
Tuty Asma Abu Bakar
Wan Ahmad Hafiz Wan Md Adnan
Zafrul Azlan Osman
Zaini Haryati Mohd Zin
Zakiah Ayop


Tidak Hadir
Abdul Hadi
Ahmad Izzat Mohd Salleh
Aishairma Binti Aris
Alvin
Aminuddin Omar
Aminuddin Rahman Mohd Mydin
Azlina Masdar
Hartini Ishak
Khairulnida Mohd Khatib
Muhammad Mahyiddin Bin Ramli
Nor Azman Katmin
Razlae Bin Ani
Rohana Mohd Salleh
Saiful Amri b. Mazlan
Salma Mohamad Yusop
Shazlina Zainal Abidin
Shuib Basri
Wan Aini Wan Yahaya

Agenda

Doa

Bacaan doa oleh Mohd Bakri Bakar

Ucapan Timbalan Presiden sesi 2006/2007 (Pn Norshima Zainal Shah)

Timbalan Presiden mengucapkan bismillah dan memberi salam kepada semua ahli yang hadir. Agenda mesyuarat diluluskan sebulat suara.

Laporan Aktiviti MyPSI

Laporan Aktiviti disampaikan oleh Setiausaha. Laporan diluluskan sebulat suara.

Laporan Kewangan

Laporan Kewangan disampaikan oleh Bendahari. Beberapa penjelasan dilakukan berkenaan akaun khas. Diluluskan sebulat suara.

Pemilihan Jawatankuasa MyPSI 2007/2008

Pengundian dijalankan bagi memilih Jawatankuasa baru bagi sesi 2007/2008. Berikut adalah keputusan pemilihan:-

Presiden : Mohd Bakri Bakar.

Naib Presiden : Zaini Haryanti Mohd Zin.

Setiausaha : Zakiah Ayop.

Bendahari : Nur Lisa Zaharan.

5 Orang AJK: i) Khairulnida Mohd Khatib.
ii) Zafrul Azlan Osman.
iii) Tuty Asma Abu Bakar.
iv) Mahazir Ramly.
v) Shuib Basri.

2 Orang Wakil Kawasan : i) Razali Muda (Limerick).
ii) Aishairma Binti Aris (Cork)

Cadangan/Usul

i) Yuran ahli €10 dikenakan kepada semua pelajar termasuk pasangan.
ii) Satu persiapan yang rapi perlu dirancang sempena lawatan Jawatankuasa penilai dari KPT bagi memastikan objektif MyPSI tercapai iaitu:
i. Elaun Sara Hidup dinaikkan
ii. Tiada pelajar postgrad dibenarkan ke Dublin khususnya.
iii) Diharap perlembagaan MyPSI disiapkan sepenuhnya.

Penerimaan Ahli Baru

Seorang ahli baru MyPSI memperkenalkan diri iaitu Saudara Razali Muda.

Pengambilalihan Jawatankuasa Baru

Semua Jawatankuasa Tertinggi mengambilalih mesyuarat dengan dimulakan dengan ucapan oleh Presiden baru, Saudara Bakri. Pemilihan AJK yang baru diteruskan selepas itu.

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.10 petang.

Disediakan Oleh:


tt
………………………………….
Zakiah Ayop
(Setiausaha)

CARTA ORGANISASI MYPSI

CARTA ORGANISASI MYPSI

Presiden
Mohd Bakri Bakar
syabab1st@yahoo.com
085-1230210

Timbalan Presiden
Zaini Haryanti Mohd Zin
zainiharyati.mohdzain@ucd.ie
085-1014551

Setiausaha
Zakiah Ayop
fukada_kyoko78@yahoo.com
085-1624853

Bendahari
Nur Lisa Zaharan
nurlisazaharan@yahoo.ie
087-9657318

AJK Biro Perhubungan dan Protokol
Zafrul Azlan Osman
zafrul_azlan@yahoo.com
085-1308627

AJK Biro Kebajikan
Mahazir Ramly
mahazir_007@yahoo.com
085-7201011

AJK Biro Aktiviti
Shuib Basri
ib72@yahoo.com
085-1034568

AJK Biro Khas Kelas Al-Quran
Tuty Asma Abu Bakar
tutyasma73@yahoo.com
085-1415125

Wakil Limerick
Razali Muda
razali.muda@ul.ie
085-1172217

Wakil Cork
Aishairma Binti Aris
arisaishairma@yahoo.com
087-6925565

Tuesday, February 13, 2007

LATARBELAKANG PERSATUAN


Malaysian Post-Graduate Student Association In Ireland (MyPSI)
(Persatuan Pelajar-pelajar Pasca Siswazah Malaysia Ireland)


Latarbelakang

Menyedari peri-pentingnya satu wadah berbentuk persatuan bagi menjalinkan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli dalam aspek akademik, kebajikan dan hal-hal yang berkaitan dalam kehidupan seharian, maka satu inisiatif telah diusahakan untuk menubuhkan persatuan ini. Nama penuh Persatuan ini ialah Persatuan Pelajar-Pelajar Pasca Siswazah Malaysia Ireland (Malaysian Post-Graduate Student Association Ireland) atau dikenali sebagai MyPSI. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 25 Februari 2006 bertempat di Malaysian Hall, Dublin, Rep. of Ireland.

Status Pendaftaran

Persatuan ini akan didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Penuntut Malaysia (Malaysian Student Department (MSD) UK and Ireland). Permohonan bagi pendaftaran rasmi persatuan ini sedang dalam proses perlaksanaan.

Falsafah Rujukan

Memupuk semangat dan suasana “kekitaan, persaudaraan, kesukarelaan dan bantu membantu” dalam menjalankan segala aktiviti demi untuk kebaikan dan kemudahan ahli-ahli.

Matlamat Penubuhan

Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta memperkuatkan tali persaudaraan di antara ahli-ahli persatuan bagi tujuan perpaduan di kalangan persatuan-persatuan yang lain di Ireland. Beberapa objektif telah dirangka ke arah mencapai matlamat tersebut, antaranya adalah seperti berikut:
  1. Berperanan sebagai platform untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama di kalangan semua ahli dalam aspek akademik, kebajikan dan hal-hal yang berkaitan di dalam kehidupan seharian sepanjang berada di Ireland;
  2. Menyelaras dan menghulur khidmat nasihat serta bantuan, terutama kepada pelajar pasca siswazah yang baru tiba di Ireland untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
  3. Menjadi pusat sumber maklumat dan rujukan untuk dikongsi bersama yang berkaitan dengan keperluan ahli dan juga keluarga.
  4. Menjalinkan hubungan dengan seluruh masyarakat khususnya dengan pihak berkuasa, komuniti dan persatuan-persatuan Malaysia di Ireland, dan masyarakat luar umumnya.
  5. Menganjurkan majlis pertemuan/ perbincangan di kalangan ahli dari masa ke semasa serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian secara kolektif seperti hari keluarga, program keagamaan, program sukan, program anak-anak, ekspedisi dan sebagainya.

    Keahlian

    Pendaftaran sebagai ahli adalah terbuka kepada pelajar-pelajar pasca siswazah (pengajian peringkat Master / Ph.D. / post-Ph.D.) dan pasangan, warganegara Malaysia yang berada di Ireland.
    Nota: a. Keahlian dengan sendirinya akan terlucut sekiranya ahli telah menamatkan pengajian atau tidak lagi berada di Ireland. b. Semua ahli boleh menyertai "ALUMNI MyPSI" selepas menamatkan pengajian di Ireland.

    Yuran Keahlian

    Yuran pendaftaran sebagai ahli adalah sebanyak Euro 10.00 setahun sahaja.

Monday, February 12, 2007

Introduction

Salam sejahtera buat semua...

Perkenalan.